proton-emas-concepts_thumb-5B2-5D

Proton Emas

Syarikat kereta nasional negara (Proton) telah berjaya menarik perhatian ramai terutama dari rakyat Malaysia sendiri apabila julung kalinya menyertai antara pameran automotif terbesar dunia iaitu di Geneva Motorshow 2010

 

Pameran-pameran ini penting sebagai platform untuk menyatakan halatuju sesuatu syarikat dalam industri automotif.

 

Walaupon kali pertama menyertai pameran ini, penyertaan mereka merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan apabila mereka (Proton) telah mempertontonkan kereta konsep yang dinamakan EMAS (Eco Mobility Advance Solution)

 

proton-emas-concepts proton-emas-tun-dr-m

 

EMAS merupakan hasil daripada kerjasama Proton dan syarikat rekaan kereta terkenal Giugiaro

 

Pada pendapat peribadi saya, saya begitu sukakan kereta ini. terutama pada bahagian lampu belakang yang unik lagi cantik.

 

dsc_0623_770 dsc_0624_770

 

Kemudian terdapat desas desus yang mengatakan bahawa EMAS bakal digunakan oleh Lotus dan juga Proton.

 

Lotus akan menggunakan EMAS versi 2 pintu dalam segmen premium yang mungkin akan menggunakan enjin hibrid 1.2 liter terbaru mereka.

 

2 door prototype lotus version

 

Manakala Proton pula akan menggunakan EMAS versi 4 pintu dan  enjin yang lebih ekonomi

 

4 door prototype Proton EMAS

 

Aku cukup berharap agar Proton dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya kereta dengan enjin hibrid. Ini kerana harga bahan bakar dikatakan akan lebih mahal di masa hadapan.

 

 

… gila skema ayat aku bila baca balik 😛

Leave a Reply