bild052_thumb-5B1-5D

KE70 with Volvo in the heart!

Menyaksikan Toyota KE70 di restorasi semula merupakan sesuatu yang hebat. Terdapat pelbagai jenis restorasi yang dijalankan kepada kenderaan-kenderaan lama. Ada yang ingin menjadikan kereta tersebut seperti asal tetapi ada juga yang inginkan lebih kuasa dengan mengacukkan dengan enjin terbaru. Enjin yang popular bagi sebuah KE70 adalah 4AGE yang juga dari Toyota. Enjin ini memang terkenal dengan kelasakan sebagai sebuah enjin Normally Aspired (NA)

bild052

 

Kebanyakan restorasi atau pengubahsuai di Malaysia bagi model kontinental pula selalunya berkisar dengan menukar enjin (sbg cth BMW 328i) kepada enjin Jepun seperti 1JZ GTE kerana faktor kos untuk selenggara.

 

bild056

 

KE70 ini adalah dari versi 2 pintu. Ini bukan lah sesuatu yang diubahsuai. Ini kerana untuk pasaran Europe, memang terdapat KE70 2 pintu.

 

bild055

 

Tetapi tidak kepada Toyota KE70 ini. Ia dimiliki oleh seorang warga negara Sweden dan beliau telah mengambil keputusan utk memasukkan enjin T5R dari Volvo! .. Yer, enjin Volvo! Dan jika dilihat pada mata kasar, terdapat pengubahsuaian yang dilakukan antaranya aluminium radiator, custom saluran air filter dan custom saluran intercooler.

 

bild054

 

Lihat sajalah ekzos yang terkeluar disisi kereta ini! huh.. memang ganas

Leave a Reply